Monday, 23 January 2012

Mental blocked.

Selamat bercuti lagi. Kali ni Tahun Baru Cina pula. Dah banyak kali bercuti dan blog ni pun ikut bercuti juga. Mmmm.... memanjang bercutinya.

Mental blocked!! Haisshh!!

Banyak yang nak dikongsi, tapi asyik tersekat je. Susah.

I used to feel free writing what I had on mind. Seronok sangat cos you can express yourself and be creative. You enjoy sharing your ideas with others.
Masalahnya datang bila ada ' spywares, malwares' yang menyesak dan menyebuk masuk langsung terus mengganggu kreativiti.

Kedatangan 'spywares and malwares' ni semua telah menyebabkan 'mental blocked' yang berterusan. Eeeee..... orang Kuale kata 'renyang'.

Ini blog aku , ikut suka aku le.....



Monday, 2 January 2012

Menghirup udara Tahun baru

Semalam hari pertama 2012 cuacanya lembab, hujan dan tidak ceria langsung. Bagaimana pula hari ini ye? Setakat ini , nampaknya matahari telah mula menyinar. Moga-moga ia akan kekal hingga ke petang.

Namun apakah nanti bakal berlaku ' ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari'

Senario hari ini nampaknya begitulah... Lihat sahaja di mana-mana.




Saturday, 31 December 2011

Selamat Tinggal 2011

Oh, sudah sepurnama gagal mencatat apa-apa. Akhirnya, terpanggil untuk menulis sesuatu.
Banyak yang berlaku dalam tempuh yang telah berlalu dan tentunya tidak mampu untuk ditulis kesemuanya. Telah cuba memanafaatkan cuti yang lalu, tetapi......

Cuti pun sudah sampai ke penghujung dan akan bermulalah episod baru 2012 yang tidak begitu jauh lagi. Masihi 2011 mengundurkan diri dengan pelbagai kisah dan peristiwa yang berlaku suratan mahupun kebetulan. Yang pasti apa yang baik dijadikan tauladan dan yang sebaliknya akan dijadikan sempadan.

2012 Masihi. Tahun yang menarik. Banyak yang diramalkan oleh peramal-peramal tentang tahun ini. Ramai dah tahu, dah baca dan ramai juga pastinya menanti-nanti dan menunggu-nunggu samada segala yang diramalkan itu akan berlaku atau tidak. Sebagai orang Islam kita perlu berhati-hati dalam mempercayai ramalan-ramalan ini. Kita punya al-quran dan hadis, maka moleklah merujuk sumber ini sepenuhnya dan tidak mempercayai bulat-bulat apa yang diramalkan.

Pastinya ramai yang menanti-nanti kedatangan penyelamat akhir zaman, Imam Mahdi al Masih. Ya, apakah kita bakal terpilih menyertai barisan tenteranya? Jangan pula dalam keghairahan menanti kedatangan penyelamat ini, kita tersalah pilih pula dan menjadi pengikut al Masih yang satu lagi. Minta dijauhkan Allah. Hanya ilmu dan taqwa serta amal sahaja yang boleh membantu kita dalam situasi gawat ini nanti. Moga kita beroleh petunjuk dan diletakkan di dalam kalangan orang-orang yang diredhoi oleh Allah.

Yang pasti dunia tetap akan berakhir dan kita semuapun akan menemui Rabbul Jalil dan qiamat pasti akan datang. Bila waktunya?? Maha Suci Allah sahaja Yang Maha Mengetahui.

Selamat tinggal 2011, selamat datang 2012. Semoga kita akan menjadi lebih matang berfikir, lebih bertaqwa dan bertambah keimanan dari hari kehari. Yang pastinya kita semakin dekat menuju ke hari kematian......




Sunday, 20 November 2011

Selamat Datang Cuti

Cuti panjang datang lagi untuk kesekian kalinya.
Ini bermakna tahun Masihi menuju ke penghujungnya. Ya, pada masa yang sama tahun Hijriah 1432 juga amat hampir untuk tamat dan minggu depan bermulalah tahun baru Islam 1433H .

Apakah maknanya semua ini? Benar. Masa terus laju berlari dan semakin mendekatkan kita kepada hari kematian kita. Maka beruntunglah mereka yang mempersiapkan diri mereka dengan bekalan untuk dibawa pergi bersama.

Sambil bercuti pastinya banyak tugasan lain yang perlu diberesi.
Ya, pelbagai dan tentunya masing-masing ada tarikh yang perlu dipatuhi. Apapun cuti memberi ruang untuk berehat dan bersantai , berkebun, beriadah dan apa sahajalah demi menyehatkan badan.

Yours truly memulakan cuti dengan buat 'pruning' serta 'touch up' sana sini kata halaman rumah. Tabur baja kat pokok, susun sikit bunga-bunga kat depan laman tu. Seronoknya...
Tengahari pergi makan kenduri. Ohh... kad-kad jemputan sudah siap diatur mengikut tarikhnya...

Beginilah agaknya kalau dah pencen ya...... banyak waktu senggang..... macam-macam boleh buat...






Sunday, 6 November 2011

Salam 'Idil Adha



Salam 'Idil Adha buat semua.

Moga korban kita diterima Allah hendaknya.

Ameen.





Monday, 31 October 2011

58 ke 60 ?

Adoiiii!! Sakit!
Bukan sakit apa, sakitlah nak membuat pilihan. Nak pilih 58 ke nak terus 60.
Yours truly dah ada pilihan sebenarnya dan tak ragu-ragu lagi dah dengan pilihan tu.

Sebenarnya, apakah yang dikejar oleh mereka ini? Mereka yang beria-ia nak menyambung-nyambung tu lah. Apakah tidak cukup-cukup lagi menghabiskan usia mereka mengejar hal-hal dunia ini? Alahai. bagi le can kat orang-orang muda pulak. Sudah melepasi separuh abad menguruskan hal-hal dunia, tak kan le tak puas-puas lagi? Rasa-rasanya bekalan yang nak dibawa pergi untuk alam yang kekal abadi tu dah cukup ke? Masyallah.

Amat peliklah mereka yang membawa usul ini. Terlalu taksub dan beria-ria dengan benda yang akan ditinggalkan dan tidak bersungguh dengan bekalan yang sepatutnya untuk dibawa pulang nanti. Eh, kita terikut-ikut juga kah dengan mereka yang tidak mempercayai akhirat?

Apakah nanti apabila di umur senja, kita mampu menangani urusan dunia dan akhirat dengan baik? Di bimbangi dalam keadaan persekitaran semasa hari ini , kita bakal kalah dengan tuntutan dunia dan akhirnya urusan akhirat hanya sekadar apa yang wajib sahaja. Jadi , mana mungkin kita mampu membawa bekalan secukupnya nanti.

Yours truly amat cemburu dengan kumpulan pesara yang menjadi kawan dan kenalan. Mereka ini berlumba mengisi masa mereka dengan mengejar ilmu dan beribadat sebagai bekalan. Alangkah beruntungnya mereka kerana masih diberi Allah peluang untuk mencari ilmu. Malanglah nanti sekiranya tengah seronok bekerja tiba-tiba dipanggil pulang oleh Pencipta tanpa sempat membuat persediaan secukupnya. Adoiii.

Maut boleh datang menjemput tanpa kita tahu bila. Baru-baru ni dua orang Ustaz yang mengajar yours truly telah pulang ke Rahmatullah dalam usia yang muda. Ustaz Hafiz berumur 44 tahun dan Ustaz Adam 36 tahun. Masih banyak yang mahu dituntut namun Allah lebih menyayangi mereka. Beruntunglah mereka kerana ilmu yang mereka tinggalkan memberi manafaat kepada yang tinggal. Moga Allah mengampuni mereka dan meletakkan roh mereka dalam kalangan orang-orang mukmin yang diredhoiNya.

Al-fatihah untuk Ustaz Hafiz dan Ustaz Adam.




Sunday, 9 October 2011

RUGBY WEEKEND

What a great weekend, with great rugby matches!!

Still watching the last match of the quarter finals. All Blacks vs Puma. Ouch!!
Go All Blacks go.... 15 to 10 at this moment.
Go.. go..







More interesting pictures at official website Rugby World Cup 2011.